Saturday, May 14, 2016

Nak Pasang Antivirus Atau Tak Payah?

Ada yang bertanya pendapat pada saya. En. Shah..... perlukah saya pasang perisian antivirus dan perisian antivirus apa yang  PALING BAGUS dan sesuai untuk saya guna pakai?

Biasanya saya suka untuk menjawab dengan memberikan contoh yang mudah untuk difahami. Contoh yang mungkin paling mudah untuk difahami adalah seperti berikut......

Biasanya apabila kita keluar dari rumah... Adakah kita akan tinggalkan rumah dalam keadaan tidak berkunci? Dan lagi, adakah apabila rumah tersebut berkunci.... ianya bermakna pencuri tidak akan mampu memecah masuk ke dalam rumah tersebut?

Adakah kita akan mengunci rumah kita dengan kunci keselamatan yang paling murah dan sembarangan? Atau kunci berkualiti tinggi? Bagaimana pula kita tahu bahawa kunci yang kita gunakan adalah yang terbaik?

Biasanya kita akan bertanya kepada mereka yang mempunyai pengalaman dan lebih ahli.

Dalam hal ini, saya sendiri yang biasa bermain dengan virus komputer.... tidak sanggup membiarkan komputer saya terdedah kepada ancaman virus  komputer tanpa meletakkan sebarang perisian antivirus.

Antivirus yang saya gunakan kini adalah Eset NOD32. Sudah lebih dari 10 tahun menggunakannya. Pertama kali terpandang antivirus ini.... saya ingatkan perisian Norton... Lalu saya abaikan. kerana pada masa itu, saya dah tinggal Norton Antivirus dan beralih kepada perisian antivirus AVG.

Bila mana virus brontok menyerang kebanyakan komputer dan hanya Eset NOD32 sahaja yang berjaya mengesannya. Saya mula kagum dan beralih kepada Eset. Lalu tergerak hati untuk memperkenalkannya pada kawan kawan yang lain. Daripada cerita kosong, saya pun mula menjual perisian antivirus tersebut.

Kini kebanyakan pelanggan saya..... akan saya syorkan kepada mereka untuk menggunakan perisian antivirus ini. Namun,kalau ada yang berhajat kepada antivirus percuma. Saya akan pasangkan perisian antivirus yang percuma seperti AVG atau Avira.

Prinsip asasnya adalah... jangan membuka peluang kepada virus komputer.... Daripada tak ada perlindungan.... lebih baik ada.

Disamping itu, ilmu tambahan dalam mencegah virus komputer juga amat berguna untuk dipelajari dan sememangnya ia sangat membantu.

Insya Allah, dimasa akan datang.... saya akan cuba kongsikan tips atau langkah langkah pencegahan virus komputer.

Shah
019 224 7783

No comments:

Post a Comment