Sunday, June 5, 2016

Tak boleh nak print Tiada nama printer yang di pasang dalam senarai printer.



Berberapa minggu yang lepas, ada sahabat yang menghubungi saya. Katanya perlukan perkhidmatan pakar. Dia dah minta tolong pekerjanya yang agak pakar untuk membantu. Biasanya.... bagi masalah masalah yang biasa biasa, pekerjanya boleh selesaikan. Dia dah cuba buat macam macam, tapi masalah tak selesai jugak.

Kata pekerjanya..... masalah ni tak dapat saya nak selesaikan... kena panggil pakar. Tak tahulah.... entah macam mana... bila sebut pakar.... dia teringatkan saya. Malangnya.... jadual saya menyebabkan saya tak boleh terus datang pada masanya. Lalu kena tetapkan temujanji lain.

Temujanji kali pertama terpaksa dibatalkan disebabkan dia terlupa yang dia  ada temujanji lain. Oklah.... tak ada masalah.

Keesokan harinya...... saya pun datang ke tempat dia untuk menyelesaikan masalah tersebut. Apabila sampai ke tempat dia , saya minta dia tunjukkan apa masalah yang berlaku.

Apabila pergi ke bahagian CONTROL PANEL..... PRINTER. Memang tak ada satu pun nama printer yang tersenarai.

Apa yang saya lakukan adalah pergi ke start button....run dan taipkna arahan SERVICES.MSC. Dari situ, saya pergi ke bahagian PRINTER SPOOLER. Ternyata servis tersebut dalam keadaan tidak running. Lalu saya pun manually start service tersebut.

Setelah services tersebut ranning... barulah nama printer pun muncul di dalam bahagian printer. Kemudia saya periksa pula port yang digunakan. Ini kerana ada dua printer dengan nama yang sama. Salah satu diantaranya menggunakan printer port LPT yang mana printer semasa menggunakan USB port. Lalu saya pun padamkan nama printer yang menggunakan port LPT tersebut.

Test print dan berjaya. Untuk kepastian.... saya shutdown komputer dan turn on semula. CUba print sekali lagi.... Nampaknya tak ada masalah.

Seterusnya saya shutdown komputer..... turn off power plug dan cabut bateri notebook. Selepas beberapa minit... turn on semula dan boleh print tanpa masalah.

Akhir sekali... saya turn off dan minta dia sendiri yang turn on dan test print.

Alhamdulillah.... masalah selesai. Tak boleh nak print disebabkan servis bernama PRINT SPOOLER is not running. Sepatutnya windows akan cuba restart servis tersebut. Namun malangnya itu tidak berlaku.

Wednesday, May 18, 2016

Microsoft Windows and Office Key Finder



Rasa seronok dan satu kepuasaan apabila apa yang kita lakukan dapat memberikan manfaat kepada orang lain.

Satu lagi perkongsian. Ada masanya, kita perlu dapatkan semula product key bagi microsoft windows atau microsoft office yang kita telah pasangkan dalam komputer.

Biasnya, semasa pemasangan dilakukan, kita perlu masukkan product key tersebut. Sebelum anda lakukan proses reformat atau uninstall, ada baiknya anda catatkan terlebih dahulu nombor product key tersebut.

Kini ada cara mudah untuk mendapatkan kembali product key tersebut.

https://drive.google.com/file/d/0B5B19NrRXrBPUWZ4N25vU2s1Vnc/view?usp=sharing


Shah
019 224 7783

PenDrive Kebal- ReadOnly...... Part 1....

Pendrive atau thumbdrive....... merujuk kepada benda yang sama. Bezanya mungkin dari segi saiz....jenama dan rupa bentuk.

Pada permulaan pendrive dikeluarkan/dihasilkan dahulu, ada satu suis kecil disebelah tepinya dengan tujuan untuk ON atau OFFkan fungsi boleh tulis pada pendrive tersebut.

Konsepnya lebih kurang sama seperti floppy disk atau disket pada zaman dahulu. Ada satu bahagian yang berfungsi untuk lock dan unlock write pada disk berkenaan.

Kebanyakan pendrive sekarang sudah tidak mempunyai fungsi tersebut. Dengan kemunculan pelbagai jenis virus komputer. Pendrive antara sumber atau punca utama kepada penyebaran virus komputer.

Sebagai perunding dan penyelesai masalah komputer pelanggan, tidak dapat tidak, saya juga perlu menggunakan pendrive. Masalahnya adalah apabila saya memasukkan pendrive ke dalam komputer peanggan yang telah dijangkiti...seterusnya pendrive saya sendiri yang akan dijangkiti.

Bagi menyelesaikan masalah ini, saya perlu mempunyai pendrive dengan status READ-ONLY. Maka dari situ, bermulalah usaha untuk menghasilkan PENDRIVE KEBAL.

Dengan sedikit pengetahuan asas tentang bagaimana pendrive kebal ini dihasilkan, anda boleh melakukan pelbagai setting. Mungkin pendrive anda boleh ditetapkan supaya tidak boleh ditulis oleh mana mana komputer, hanya untuk dibaca sahaja... atau boleh dibaca dan ditulis dalam komputer anda sahaja...... Atau hanya folder tertentu sahaja yang boleh ditulis. Bergantng pada keperluan dan keselesaan anda.

Cuba bayangkan senario berikut, anda ada pendrive.... tapi  hanya boleh dibaca kandungannya, tak boleh nak ditulis atau ditambah data ke dalamnya. Naik menyampah juga dibuatnya. Betul tak? Ianya tidak dapat berfungsi seperti sepatutnya.

Bagi masalah sebegini, biasanya apa yang saya lakukan adalah... saya akan benarkan satu folder sahaja yang boleh ditulis dan diubah kandungannya. Sebuah folder yang bernama PUBLIC. Selain dari itu, folder atau fail lain hanya boleh dibaca sahaja. Boleh dibaca bermakna boleh juga dicopy.

Sekiranya anda ingin copy fail dari komputer yang dijangkiti virus, anda hanya boleh copy dan paste ke dalam folder bernama public sahaja.

Kemungkinan besar, sekiranya anda menggunakan komputer yang telah djangkiti oleh virus... folder bernama PUBLIC tidak akan kelihatan kerana telah disembunyikan oleh virus.

Jadi, dengan menggunakan pendrive kebal yang akan kita hasilkan.... secara tidak langsung... anda telah tahu bahawa komputer yang sedang anda gunakan mengandungi virus.

Teruskan pembacaan anda. Kita akan bersambung pada bahagian 2.

Shah
019 224 7783

Koleksi Font Jawi


Beberapa hari yang lepas, saya ada berkongsi perisian untuk memasukkan teks alquran ke dalam microsoft word. Sebenarnya, dari situ, kita juga boleh masukkan ayat alquran tersebut ke dalam perisian seperti excel, photoshop dan sebagainya.

Pada hari ini, saya ingin kongsikan koleksi font jawi yang saya ada. Terdapat 59 font jawi yang ada dalam koleksi saya.

Untuk membolehkan anda menggunakan font jawi ini, anda perlu enable keyboard untuk language arabic.

Insya Allah, jika diberikan peluang dan masa saya akan kongsikan kaedah bagaimana nak enablekan language arabic bagi membolehkan anda menaip arab dan jawi.

Sementara itu, anda boleh pindah terima koleksi font jawi dari link di bawah ini.

https://drive.google.com/file/d/0B5B19NrRXrBPRmZSMlB5SlJkT0E/view?usp=sharing

Shah
019 224 7783

Tuesday, May 17, 2016

Analisis keperluan dan minat pengunjung

Bermula dari 14hb Mei 2016... Iaitu permulaan saya mula menulis di blog, saya memerhatikan statistik pengunjung utk melihat minat mereka.

Perkongsian mengenai perisian tambahan utk memasukkan teks alquran adalah yg paling banyak dikunjungi. Itupun setelah saya membuat perkongsian terus ke page tersebut. Jika nak tunggu pengunjung yg masuk ke blog saya dan baca satu persatu.... Rasanya... Memang tidaklah..

At least saya tahu bagaimana sikap pengunjung dan apa keperluan mereka.

Apabila bertemu pelanggan... Saya mendengar keluhan dan luahan mereka. Saya cuba untuk dapatkan penyelesaian masalah mereka. Bukan hanya khusus kepada mereka... Bahkan juga kepada mereka  yang lain yang juga tercari cari penyelesaian kepada masalah mereka.

Saya lakukan secara sukarela  dan tidak suka dipaksa untuk melakukannya. Jika ada yang berhajat kepada perkhidmatan saya dan sanggup membayar.. Saya akan mempertimbangkannya.

Teruskan mengunjungi blog saya... Shah ProTouch dengan perkongsian yg mungkin bermanfaat buat anda.

Sunday, May 15, 2016

Teks Alquran untuk Microsoft Word 2003-2013



Mungkin ramai yang tercari cari perisian untuk memasukkan ayat al-quran ke dalam microsoft word.

Bagi pengguna office 2007 dan kebawah... mungkin tak ada masalah. Namun bagi pengguna Microsoft Office 2010 dan keatas ada sedikit masalah dengan perisian quran dalam word versi lama.

Saya kongsikan himpunan versi lama dan baru.

Anda hanya perlu download, extract dan double click untuk run. Kemudian buka perisian microst word dan pergi ke menu seperti di dalam gambar.

Semoga Allah memberikan kemurahan rezeki buat individu yang menghasilkan utiliti ini.

Anda boleh download dari link dibawah ini. Tidak ada sebarang kata laluan.

https://drive.google.com/file/d/0B5B19NrRXrBPeEpHME1IN3FEUGM/view?usp=sharing

Shah ProTouch
019 224 7783

Mendapatkan kembali file dan folder yang disembunyikan oleh virus dengan arahan ATTRIB

Kebelakangan ini, ramai pengguna komputer yang diserang oleh virus komputer yang menjadkan fail dan folder mereka di dalam external storage seperti pendrive dan external hard drive kelihatan seperti hilang.

Terdapat dua keadaan kerosakan yang dilakukan oleh virus yang berkenaan. Kalau dahulu..... virus berkenaan akan menyembunyikan fail dan folder di dalam root drive dan kemudiannya akan menyalin kembali nama fail dan folder berkenaan kepada fail shortcut yang menyerupai nama fail dan folder sebenar.

Shortcut tersebut tidak akan membuka fail atau folder anda, sebaliknya akan memanggil fail virus untuk meyerang komputer yang sedang anda gunakan.

Anda boleh mendapatkan kembali fail dan folder tersebut dengan menggunakan arahan berikut:

ATTRIB -R -S -H -A *.* /S /D

Arahan berkenaan perlu ditaip dari pemacu drive yang mewakili external drive yang bermasalah. Katakan pendrive anda telah diberikan DRIVE LETTER (E:) Maka arahan tersebut perlu di jalankan di Command prompt dari DRIVE LETTER E:

Untuk mendapatkan arahan commad prompt... ada beberapa kaedah. Cara paling mudah adalah pergi kepada START button... pilih RUN dan taipkan CMD kemudian tekan OK.

Anda akan dibawa kepada command prompt seperti berikut:

C:\WINDOWS\SYSTEM32
atau
C:\USERS\USER\>

Untuk bertukar kepada drive letter pendrive anda yang diwakili oleh Drive E, Anda hanya perlu taipkan seperti berikut:
E:
Kemudian tekan enter. Seterusnya, taipkan arahan attrib seperti diatas.

Untuk berbuat demikian, anda haruslah menggunakan komputer yang bebas dari virus komputer. Jika tidak, masalah anda tidak akan selesai.

Cara paling mudah untuk melakukan penyelesaian ini adalah dengan cara anda download fail bernama reset.bat yang saya sertakan pada link dibawah. Copy fail tersebut ke dalam pendrive atau external hard disk yang bermasalah, kemudian double click pada fail tersebut. Selepas kotak command prompt yang dibuka tertutup sendiri. Segala fail anda akan muncul pada pendrive.

Walau bagaimanapun, terdapat sedikit cabaran bagi virus variasi terbaru dimana virus berkenaan akan create satu hidden folder tanpa nama dan akan menyalin kesemua fail dan folder anda ke dalam folder tersebut.

Untuk mengatasi masalah ini, selepas menjalan arahan attrib atau dengan cara double click pada fail bernama reset.bat yang saya berikan. Anda perlu buka satu folder tanpa nama dalam pendrive atau external hard disk anda. Segala fail dan folder anda terkandung di dalam folder tersebut.

Anda hanya perlu CUT and PASTE segala fail dan folder bekenaan ke dalam root drive  atau dimana mana yang anda suka. Selamat mencuba.

https://drive.google.com/file/d/0B5B19NrRXrBPakZ3eFdma0cxMWc/view?usp=sharing

Shah ProTouch
019 224 7783

Saturday, May 14, 2016

Download video dari FaceBook, Youtube dan lain lain website.

http://www.downvids.net/
Mungkin ramai yang ada terjumpa video menarik sama ada dalam facebook mahupun youtube. Nak download.... tapi tak boleh. Dah cuba gunakan pelbagai cara. Salah satu antaranya... gunakan Internet Download Manager... tapi masih juga tak dapat nak download.

Kini anda boleh cuba gunakan cara ini. Dapatkan url video dari facebook atau youtube tersebut... copy and paste. Kemudian klik pada butang DOWNLOAD.

Saya baru selesai download video senaman sebelum membuat perkongsian ini. Takut nanti terlupa apa URL yang nak digunakan, lalu saya kongsikan info ini.

Selamat mencuba.

Shah
019 224 7783


Nak Pasang Antivirus Atau Tak Payah?

Ada yang bertanya pendapat pada saya. En. Shah..... perlukah saya pasang perisian antivirus dan perisian antivirus apa yang  PALING BAGUS dan sesuai untuk saya guna pakai?

Biasanya saya suka untuk menjawab dengan memberikan contoh yang mudah untuk difahami. Contoh yang mungkin paling mudah untuk difahami adalah seperti berikut......

Biasanya apabila kita keluar dari rumah... Adakah kita akan tinggalkan rumah dalam keadaan tidak berkunci? Dan lagi, adakah apabila rumah tersebut berkunci.... ianya bermakna pencuri tidak akan mampu memecah masuk ke dalam rumah tersebut?

Adakah kita akan mengunci rumah kita dengan kunci keselamatan yang paling murah dan sembarangan? Atau kunci berkualiti tinggi? Bagaimana pula kita tahu bahawa kunci yang kita gunakan adalah yang terbaik?

Biasanya kita akan bertanya kepada mereka yang mempunyai pengalaman dan lebih ahli.

Dalam hal ini, saya sendiri yang biasa bermain dengan virus komputer.... tidak sanggup membiarkan komputer saya terdedah kepada ancaman virus  komputer tanpa meletakkan sebarang perisian antivirus.

Antivirus yang saya gunakan kini adalah Eset NOD32. Sudah lebih dari 10 tahun menggunakannya. Pertama kali terpandang antivirus ini.... saya ingatkan perisian Norton... Lalu saya abaikan. kerana pada masa itu, saya dah tinggal Norton Antivirus dan beralih kepada perisian antivirus AVG.

Bila mana virus brontok menyerang kebanyakan komputer dan hanya Eset NOD32 sahaja yang berjaya mengesannya. Saya mula kagum dan beralih kepada Eset. Lalu tergerak hati untuk memperkenalkannya pada kawan kawan yang lain. Daripada cerita kosong, saya pun mula menjual perisian antivirus tersebut.

Kini kebanyakan pelanggan saya..... akan saya syorkan kepada mereka untuk menggunakan perisian antivirus ini. Namun,kalau ada yang berhajat kepada antivirus percuma. Saya akan pasangkan perisian antivirus yang percuma seperti AVG atau Avira.

Prinsip asasnya adalah... jangan membuka peluang kepada virus komputer.... Daripada tak ada perlindungan.... lebih baik ada.

Disamping itu, ilmu tambahan dalam mencegah virus komputer juga amat berguna untuk dipelajari dan sememangnya ia sangat membantu.

Insya Allah, dimasa akan datang.... saya akan cuba kongsikan tips atau langkah langkah pencegahan virus komputer.

Shah
019 224 7783

Bleepingcomputer.com - Windows Repair All



http://www.bleepingcomputer.com/download/windows-repair-all-in-one/

Antara tools yang paling kerap saya gunakan dalam menyelesaikan masalah komputer adalah tool yang bernama windows repair all.

Kebanyakan komputer akan menghadapi masalah apabila diserang oleh virus. Ini kerana, kebanyakan virus akan mengubah penetapan tertentu di dalam komputer anda. Walaupun anda telah berjaya membersihkan virus tersebut, namun kesan dari kerosakan yang telah dilakukan oleh virus tersebut agak sukar untuk dipulihkan.

Cara paling mudah untuk dilakukan adalah reformat. Apabila anda reformat komputer anda, segala setting adalah baru dan kembali kepada asal.

Namun, ada juga masalahnya dengan reformat semula hard disk. Banyak perisian yang terpaksa anda pasang semula dan yang lebih merumitkan apabila ada perisian yang perlu diaktifkan semula dan ada setting tertentu yang perlu dilakukan.

Ada baiknya sebelum anda reformat hard disk anda dan pasang semual OPERATING SYSTEM yang baru... cuba anda RUN tools ini. Insya Allah sangat berbaloi untuk melakukannya.

Shah ProTouch
019 224 7783
Selamat datang ke Blog Shah ProTouch. Sebelum ini saya menggunakan nama pena yedshah. Tapi macam pelik pula nama tu. Actually nama tu tak adalah pelik mana pun..... singkatan dari nama saya sendiri iaitu sYED SHAHaruddin.

Kini saya cuba ubah nama tersebut kepada Shah ProTouch. Ada juga dikalangan pelanggan saya yang panggil saya Shah IT. Tak kesahlah... mana mana nama sekalipun. asalkan ianya bukan nama yang mempunyai maksud yang buruk dan susah ntuk nak diingati.

Insya Allah,  Blog Shah ProTouch ini akan saya cuba kemaskinikan dengan sebarang perkongsian ilmu IT sepanjang saya menyelesaikan masalah komputer di tempat pelanggan. Begitu juga dengan mana mana tips komputer yang saya ada.

Bukannya apa, kekadang.... apabila melibatkan arahan komputer... jika tak diamalkan selalu... kita pun boleh jadi lupa. Jadi cara terbaik untuk elakkan dari terlupa adalah melakukannya selalu. Satu lagi cara adalah dengan cara menulis.

Namun, menulis sembarangan di tempat yang sembarangan... mungkin akan menyebabkan kita akan kehilangannya. Jadi, cara terbaik yang mampu saya fikirkan adalah dengan menyediakan sebuah blog dan berkongsi dengan rakan rakan lain.

Semoga ada manfaatnya.

Shah ProTouch
019 2247783