Tempat perkongsian ilmu komputer hasil dari pengalaman menyelesaikan masalah komputer. Ada yang panggil saya doktor komputer, klinik komputer. Apa yang penting, matlamatnya adalah untuk menyelesaikan masalah komputer. Jika pengalaman tersebut dapat dikongsikan dan dapat membantu orang lain, maka ianya bertambah baik lagi.
Sunday, June 5, 2016
Tak boleh nak print Tiada nama printer yang di pasang dalam senarai printer.
Berberapa minggu yang lepas, ada sahabat yang menghubungi saya. Katanya perlukan perkhidmatan pakar. Dia dah minta tolong pekerjanya yang agak pakar untuk membantu. Biasanya.... bagi masalah masalah yang biasa biasa, pekerjanya boleh selesaikan. Dia dah cuba buat macam macam, tapi masalah tak selesai jugak.
Kata pekerjanya..... masalah ni tak dapat saya nak selesaikan... kena panggil pakar. Tak tahulah.... entah macam mana... bila sebut pakar.... dia teringatkan saya. Malangnya.... jadual saya menyebabkan saya tak boleh terus datang pada masanya. Lalu kena tetapkan temujanji lain.
Temujanji kali pertama terpaksa dibatalkan disebabkan dia terlupa yang dia ada temujanji lain. Oklah.... tak ada masalah.
Keesokan harinya...... saya pun datang ke tempat dia untuk menyelesaikan masalah tersebut. Apabila sampai ke tempat dia , saya minta dia tunjukkan apa masalah yang berlaku.
Apabila pergi ke bahagian CONTROL PANEL..... PRINTER. Memang tak ada satu pun nama printer yang tersenarai.
Apa yang saya lakukan adalah pergi ke start button....run dan taipkna arahan SERVICES.MSC. Dari situ, saya pergi ke bahagian PRINTER SPOOLER. Ternyata servis tersebut dalam keadaan tidak running. Lalu saya pun manually start service tersebut.
Setelah services tersebut ranning... barulah nama printer pun muncul di dalam bahagian printer. Kemudia saya periksa pula port yang digunakan. Ini kerana ada dua printer dengan nama yang sama. Salah satu diantaranya menggunakan printer port LPT yang mana printer semasa menggunakan USB port. Lalu saya pun padamkan nama printer yang menggunakan port LPT tersebut.
Test print dan berjaya. Untuk kepastian.... saya shutdown komputer dan turn on semula. CUba print sekali lagi.... Nampaknya tak ada masalah.
Seterusnya saya shutdown komputer..... turn off power plug dan cabut bateri notebook. Selepas beberapa minit... turn on semula dan boleh print tanpa masalah.
Akhir sekali... saya turn off dan minta dia sendiri yang turn on dan test print.
Alhamdulillah.... masalah selesai. Tak boleh nak print disebabkan servis bernama PRINT SPOOLER is not running. Sepatutnya windows akan cuba restart servis tersebut. Namun malangnya itu tidak berlaku.
Subscribe to:
Posts (Atom)